SANTUNI RAKAN JALANAN - BERSAMA KITA HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN
[PELUANG UNTUK MENYEMAI SAHAM AKHIRAT DI KUALA LUMPUR]
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. ” (Surah Al Hadid , ayat 18)
Tuan/ puan yang dermawan, rakan jalanan dan asnaf kini memerlukan bantuan untuk meringankan beban hidup mereka, kesan dari kegawatan ekonomi daripada wabak COVID-19 yang melanda di seluruh dunia.
ISMILE sedang menjayakan program 'Santuni Rakan Jalanan' untuk mengumpul dana dengan mensasarkan
100 buah keluarga rakan jalanan dan asnaf untuk diberi sumbangan
di sekitar Kuala Lumpur & Lembah Kelang .
Dalam program ini, pihak kami memberi peluang kepada
orang ramai berkongsi rezeki untuk menyantuni asnaf dan mendekati golongan yang kurang bernasib baik melalui pelbagai aktiviti yang mensasarkan golongan tidak berkemampuan dari sudut ekonomi.
Oleh itu, pihak kami berbesar hati agar anda dapat menjadi penyumbang untuk meringankan beban kepada rakan jalanan dan asnaf ini.

Antara penerima manfaat dalam Program SRJ
Setiap 1 pek sumbangan bernilai RM50 untuk sekeluarga. Antara barang sumbangan yang ada ialah sekampit beras 5 kilogram, minyak masak , tepung ,serbuk teh dan gula.

Antara penerima manfaat dalam Program SRJ
Semoga kasih-sayang dapat disebarluaskan melalui aktiviti ziarah kebajikan dan memberi makan, seperti yang disarankan oleh
Nabi Muhammad SAW,
“Sebarkanlah salam dan berilah makan, dan jadilah kalian bersaudara.”
( Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)
Semoga dengan sumbangan ini dapat menjadi pemberat timbalan amalan kita diakhirat kelak.
Sebarang permasalahan atau persoalan boleh hubungi Nurma Azieyha di talian www.wasap.my/601140389961