ZIARAH MAHABBAH KAMPUNG ORANG ASLI
Pernahkah anda melihat
perkampungan orang asli di pedalaman?
Melihat mereka kehidupan mereka yang serba kekurangan.
Mereka tidak memiliki kemudahan sebagaimana yang ada pada kita pada hari ini.
Apatah lagi untuk mendapat pendidikan yang baik serta bimbingan dalam mempelajari Islam.
Bagaimana kalau kami kata, anda boleh membantu mereka untuk mendapatkan bimbingan fardhu ain serta mesej Islam yang sebenar?
Inilah misi kami di Ikatan Sejahtera Muslim Intelektual (ISMILE) untuk sama-sama kita sampaikan mesej Islam serta memperkasakan lagi ilmu fardhu ain kepada mereka.
Program Ziarah Mahabbah KOA Gerik ini adalah salah satu daripada program kebajikan yang kami anjurkan untuk menyantuni masyarakat orang asli di Gerik, Perak.
Bagaimana anda boleh membantu?
Anda boleh memberikan sumbangan kepada kami yang akan kami sampaikan melalui sukarelawan yang telah mendaftar.
Sumbangan ini akan digunakan untuk misi dakwah & kebajikan kami dalam menyantuni masyarakat kampung orang Asli di Gerik , Perak
Maklumat lanjut boleh hubungi
Saudara Amri Ali di talian 013-649 7394